~Akhlak Yang Baik Tanda Kuatnya Iman~
Salam Perjuangan...
Dewasa ini, moral-moral kehidupan manusia semakin susut. Kendatipun kita masih angkuh mengaku sebagai seorang muslim yang mengejar syurgaNya dan seorang muslim yang berjuang demi agamaNya, Namun akhlak yang diajar Rasulullah s.a.w tercicir entah kemana.
Sekadar Gambar Hiasan Takala Hati Merindui Mereka.
"Sesungguhnya aku diutuskan dimuka bumi ini adalah untuk menyempurnakan akhlak" (Hadith Ar-Rasul)
Terbuktilah bahawa tujuan utama Rasulullah diutuskan untuk menghapuskan amalan jahiliyah dengan menggantikan dengan akhlak dan amalan yang berpandukan keislaman dan keimanan. Bukan sekali-kali mengangkat kebudayaan al-quran seiring dengan meningkatnya amalan jahiliyah.
Keimanan merupakan kekuatan yang dapat menjaga manusia daripada melakukan perkara-perkara yang tidak baik. Hanya dengan keimananlah yang dapat membawa kita kepada kemuliaan.
Rasullulah s.a.w telah menjelaskan bahawa dengan iman dapat melahirkan akhlak dan budi pekerti yang baik, sebaliknya jika lemahnya iman, maka rosaklah akhlak.
Rasulullah s.a.w menyebut:
"Rasa malu dan iman adalah sama, apabila salah satu daripadanya hilang, maka yang lainakan hilang juga" (HR. Al-Hakim dan At-Tabarani)
Rasulullah s.a.w bersabda lagi:
"Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah berbicara baik-baik atau diam" (H.R. Bukhari)
Semuanya ini hanyalah diperolehi berdasarkan iman yang sempurna, Namun hakikat kini, ramai antara kita yang mempunyai cop islam pada diri dan nama tetapi tidak mengendahkan semua tuntutan-tuntutan untuk berakhlak dengan akhlak yang diajar dan ditinggalkan Rasulullah s.a.w. Malahan ada yang bangga meninggalkan semuanya itu dan mencabar sunnah tersebut.
Sekadar Gambar Hiasan (Kembara Raya Edisi 2)
Sayangnya lagi, ada antara kita memperlihatkan diri dengan menjaga perintah agama hanya di khalayak ramai, tetapi mereka melakukan perbuatan keji di sebalik umum. Adapun sebahagian kita mencampuradukkan ibadat dan niat yang murni kerana Allah dengan tingkahlaku yang jauh daripada sunnah rasulullah. Ingatlah, Rasulullah s.a.w seringkali memperingati agar tidak mencampuradukkan perbuatan yang 'jahat' dan dengan yang beriman sebagaimana yang pernah didengar dalam suatu dialog antara Rasulullah s.a.w dengan sahabat:
Sayangnya lagi, ada antara kita memperlihatkan diri dengan menjaga perintah agama hanya di khalayak ramai, tetapi mereka melakukan perbuatan keji di sebalik umum. Adapun sebahagian kita mencampuradukkan ibadat dan niat yang murni kerana Allah dengan tingkahlaku yang jauh daripada sunnah rasulullah. Ingatlah, Rasulullah s.a.w seringkali memperingati agar tidak mencampuradukkan perbuatan yang 'jahat' dan dengan yang beriman sebagaimana yang pernah didengar dalam suatu dialog antara Rasulullah s.a.w dengan sahabat:
"Ya Rasulullah, Si Fulanan terkenal dengan banyaknya melakukan solat, puasa, dan sedekah tetapi dia sering mengganggu tetangganya dengan lidah." Sebagaimana Tanggapan baginda menjawab "Dia masuk Neraka". sahabat membertahu lagi, "Ya Rasulullah, si Fulanan terkenal dengan sedikit sembahnyang, sedikit berpuasa tapi dia bersedekah beberapa potong keju dan tidak mengganggu tetangganya", maka Rasulullah menjawab "Dia akan masuk syurga".
Jawapan Rasulullah s.a.w itu menunjukkan betapa tingginya akhlak yang baik dalam islam. Selain itu amalan sedekah juga memberi banyak manfaat kepada orang lain.(bab sedekah akan diceritakan kemudian).
Rasulullah juga mengibaratkan muslim yang baik budi pekertinya seperti berikut:
"Budi pekerti boleh mencairkan dosa seperti air mencairkan gumpalan salju, sedangkan perangai yang buruk merosakkan amal soleh seperti cuka merusakkan madu"
Sekadar Gambar Hiasan (Kenangan JKM)
Terbukti sudah, Akhlak yang baik adalah pakaian mukmin yang beriman. Sekiranya ada akhlak yang tidak baik dalam diri kita samalah seperti kita melepaskan diri dari agama samalah juga seperti orang yang melepaskan pakaiannya.
Dengan demikian, pengakuan kita sebagai seorang yang beriman hanyalah sekadar pengakuan palsu lagi plastik. Kerana tiada erti islam dan iman tanpa akhlak yang baik.

.jpg)


0 comments:
Post a Comment