06 December 2009

::Doa Rabithah::

Salam Perjuangan untuk semua mujahid-mujahidah sekalian.

Kebelakangan ini saya kerap kali memutarkan beberapa buah nasyid yang mengingatkan kenangan berukhwah sewaktu alam persekolahan.

Antara lagu-lagu yang mengembalikan kenangan alam persekolahan adalah sumayah oleh hijjaz. Dimana lagu ini merupakan nasyid yang telah dialunkan bersama teman-teman sewaktu di tingkatan 4 sebagai persembahan di hadapan Duli Yang Mulia Sultan Kelantan ketika perasmian MRSM Kuala Krai.

Lagu Pemergian daripada Inteam dan Kau Sahabat dan Kau Teman Sejati daripada Hijjaz mengembalikan kenangan sedih terhadap seorang sahabat yang telah terlebih dahulu menemui ajalnya. Ajal yang telah ditetapkan Allah tetapi melalui perbuatan manusia yang durjana yang telah menggunakan senjata santau.

Sebelum waktu terlambat, ingin sangat rasanya menghargai semua teman-teman yang masih ada di sekeliling penulis terutama teman-teman sefikrah yang terus berjuang mencari redha ilahi. Alunan nasyid Doa Rabithah dendangan Izzatul islam sangat sesuai untuk diputarkan dalam kotak fikiran ini dalam mengingati ukhwah yang terjalin antara kami.

Doa Rabithah
Sesungguhnya Engkau tahu
bahwa hati ini telah berpadu
berhimpun dalam naungan cintaMu
bertemu dalam ketaatan
bersatu dalam perjuangan
menegakkan syariat dalam kehidupan

Kuatkanlah ikatannya
kekalkanlah cintanya
tunjukilah jalan-jalannya
terangilah dengan cahayamu
yang tiada pernah padam
Ya Rabbi bimbinglah kami

Lapangkanlah dada kami
dengan karunia iman
dan indahnya tawakal padaMu
hidupkan dengan ma'rifatMu
matikan dalam syahid di jalan Mu
Engkaulah pelindung dan pembela

Semoga Tautan ukhwah ini tetap manis sentiasa sepanjang perjuangan kita mencari rehda ilahi untuk bergelar mujahid dan syuhada di jalan Allah.



"Wahai Mujahid di seluruh dunia walau diamana kalian berada. Buanglah rasa takut didada kalian meskipun kalian berada dalam keadaan sempit dan sedikit. Allah dan Malaikat akan menolong kalian di jalan yang tidak diduga-duga. Tidak ada kemuliaan dalam kehidupan seorang muslim melainkan mati syahid di jalan Allah"

01 December 2009

~Hidup Mulia atau Mati Sebagai Syuhada~

Salam perjuangan untuk semua mujahid-mujahidah yang berjuang mencari redha Allah.

Kali ini saya ingin berkongsi salah satu aktiviti(stesyen) daripada modul yang telah dirancang untuk tamrin. Walaupun menyedari bahawa stesyen ini tidaklah sehebat stesyen2 lain tetapi hati ini digerakkan Allah untuk memilih stesyen ini untuk dikongsi.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada sahabat-sahabat yang lain.

Saudaraku,
Rasulullah s.a.w kalau dijadikan perbandingan,
Dialah raja segala raja,
Yang paling banyak menerima seksaan kaumanya,
Yang paling banyak menerima ujian tuhannya,
Yang paling tulus dan ikhlas kepada umatnya,
Dialah raja di syurga.

Saudaraku,
Abu Hanifah mati dipenjara kerana ilmunya,
As-Syafie di rantai kaki dan tangan kerana hujahnya,
Ibnu Hanbal hampir menemui ajal dipenjara kerana mempertahankan maruah al-quran,
Ibnu Taimiyah juga terpenjara kerana keberaniannya, maut pula menjemputnya disitu,
Al-Halaj reddha dijatuhkan hukuman mati semata-mata kerana maslahah ummat,
Al-Bana dibunuh kerana menunjukkan anak watannya jalan untuk kembali,
Ibnu Mukhtar diregut nyawa oleh Sang Algojo penjajah demi maruah ummat dan watan,
Ibnu Quth juga ke tali gantung kerana kasih kepada agama, watan dan negaranya.
Disitulah lahir dibawah lembayung al-quran daripada jari jemarinya yang mengerakkan qalam.

Saudaraku,
Tanyalah iman mu,
Siapakah kamu dan siapakh juga aku disisi mereka ini,
Cukupkan sudah dengan hanya mengeluh
Mebilang epilog demi epilog hidupmu
Yang jawapnnya hanyalah kekecewaan
Tanpa berusah bangkit kerana sedih yang amat.

Saudaraku, janganlah bersedih....




Masa         : 20minit
PC           : 2 orang
Bahan        : 2 buah sajak yang sama/berlainan. (Salah 1 sajak seperti di atas)
Objektif:
1) Mengingatkan kembali peserta-peserta kepada perjuangan mujahid-mujahid terdahulu dalam jihad    mereka memburu syahid di jalan Allah.
2) Menyediakan minda peserta-peserta kepada mehnah dan tribulasi yang bakal dihadapi sebagai ahli jemaah.
3) Membina keyakinan diri peserta.

Perlaksanaan:
1) PC akan bersedia di salah satu stesyen menerima kehadiran kumpulan peserta.
2) PC akan menanyakan soalan : Apakah yang anda faham mengenai maksud Mehnah dan tribulasi?
3) PC akan meminta seorang wakil dari setiap kumpulan untuk medeklamasikan sajak.
2) PC akan memberi beberapa soalan kepada peserta.
i- Apakah pengajaran yang diperolehi daripada sajak tersebut?
ii- Apakah jangkaan mehnah dan tribulasi yang akan anda hadapi? Kenapa ianya terjadi
iii- Bagaimana persediaan anda menghadapinya?


~SALAH 1 NOTA UNTUK FASILITATOR~

DAKWAH, MEHNAH DAN TRIBULASI

Dakwah atau mengajak manusia kepada perkara makruf dan mencegah perkara munkar adalah satu tanggungjawab besar. Ganjaran yang Allah berikan juga bukan calang-calang. Ini kerana tugas berdakwah ini rintangan tidak sedikit.

Firman Allah SWT :
Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh) , sehingga berkatalah Rasul dan orang-orangyang beriman yang ada besertanya. “Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?” Ketahuilah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah).
(Surah Al-Baqarah ayat 214)

Sejarah menyaksikan derita perjuangan orang-orang terdahulu bermandikan darah, tohmahan, fitnah, serta banyak lagi. Ujian yang melanda adalah kaffarah untuk kita. Ianya sebagai satu ibtila’. Mehnah adalah untuk melatih kita menjadi orang yang sabar. Mehnah juga adalah culaan dan tapisan dari Tuhan untuk menunjukkan yang manakah hambaNya yang ikhlas atau berpura-pura berjuang. Mehnah juga adalah suatu jalan yang membuka kepada kita tentang kebenaran. Tanpa ujian dan mehnah bagaimana kita hendak menghadapi cabaran dan cubaan dari musuh suatu hari nanti. Kita bukan berada di alam retorik. Kita berpijak diatas tanah. Namun REALITI yang sebenar adalah menghadapi masyarakat di luar kampus suatu hari nanti.

Hakikat sebagai pejuang, adalah cabaran, rintangan, cubaan, mehnah dan tribulasi. Itu hakikat sebagai pejuang. Sesiapa yang ingin berada di dalam barisan atau bulatan ini, perlu terlebih dahulu menyedari akan tentangan yang bakal mereka hadapi. Kesedaran tersebut bukanlah untuk menakut-nakutkan tetapi sebagai satu peringatan bahawa jalan ini telah disirami darah para syuhada!

Firman Allah lagi:
47. Katakanlah (Wahai Muhammad): “Aku hanyalah mengajar dan menasihati kamu Dengan satu perkara sahaja, iaitu: hendaklah kamu bersungguh-sungguh berusaha mencari kebenaran kerana Allah semata-mata, sama ada Dengan cara berdua (dengan orang lain), atau seorang diri; kemudian hendaklah kamu berfikir sematang-matangnya (untuk mengetahui salah benarnya ajaranKu)”. sebenarnya tidak ada pada (Muhammad) Yang menjadi sahabat kamu sebarang penyakit gila (sebagaimana Yang dituduh); ia hanyalah seorang Rasul pemberi amaran kepada kamu, sebelum kamu ditimpa azab Yang berat (di Akhirat).


48. Katakanlah (Wahai Muhammad): “Apa jua Yang Aku harap kamu berikan kepadaKu sebagai upah maka faedahnya tetap terpulang kepada kamu; balasan Yang menjadi upahku Yang sebenar hanyalah dari Allah, dan ia sentiasa memerhati serta menyaksikan tiap-tiap sesuatu”.


49. Katakanlah lagi: “Sesungguhnya Tuhanku, menurunkan wahyu (kepada Nabi-nabi pilihanNya) Dengan perkara Yang benar; ia sentiasa mengetahui akan Segala perkara Yang ghaib”. Katakanlah lagi: “Telah datang kebenaran (Al-Quran Yang memberi Segala kebaikan), dan perkara Yang salah tidak memberi sebarang kebaikan di dunia, usahkan hendak mengulanginya di akhirat”.


50. Katakanlah lagi: “Sekiranya Aku sesat maka bahaya kesesatanku akan menimpa diriku sendiri, dan jika Aku beroleh hidayah petunjuk maka Yang demikian disebabkan apa Yang telah diwahyukan oleh Tuhanku kepadaku; Sesungguhnya ia Maha Mendengar, lagi Maha Dekat”.
(Surah Saba: 46-50)

Demikianlah bagaimana Al-Quran memberikan motivasi kepada pendakwah agar terus menerus menyakini akan kebenaran yang di bawa. Sama ada perjuangan ini akan berjaya atau tidak bukanlah ketentuan kita, yang di ingini dalam perjuangan ini adalah keredhaan Allah semata-mata. Kita yang mendakwa daie ini hendaklah menyedari bahawa kita hanya punya dua pilihan dalam hidup: HIDUP MULIA atau MATI SEBAGAI SYUHADA. Semua itu tidak datang bergolek kepada kita. Hendaklah di sedari juga bahawa perjuangan ini memerlukan keikhlasan.

Dan siapakah yang lebih baik agamanya dari pada orang yang ikhlas menyerahkan dirinya kepada Allah, sedang diapun mengerjakan kebaikan, dan ia mengikuti agama Ibrahim yang lurus? Dan Allah mengambil Ibrahim menjadi kesayanganNya. (Surah an Nisa: 125)

Memetik kata-kata Sang Murabbi, almarhum Ustaz Rahmat Abdullah di Indonesia
“Dakwah berkembang di tangan orang-orang yang memiliki militansi, semangat juang yang tak pernah pudar. Ajaran yang mereka bawa bertahan melebihi usia mereka. Boleh jadi usia para mujahid pembawa misi dakwah tersebut tidak panjang, tetapi cita-cita, semangat dan ajaran yang mereka bawa tetap hidup sepeninggal mereka.

Apa artinya usia panjang namun tanpa isi, sehingga boleh jadi biografi kita kelak hanya berupa 3 baris kata yang dipahatkan di nisan kita : “Si Fulan lahir tanggal sekian-sekian, wafat tanggal sekian-sekian”.

Justeru buat anak muda yang kental jiwanya tabahlah dalam derita itu! Kemanisan berjuang adalah kepahitan mengharungi liku semalam.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada sahabat-sahabat semua.
wasalam.

~ISLAM ITU INDAH~
ISLAM MEMIMPIN PERUBAHAN!!!

"Magical Template" designed by Blogger Buster