14 September 2008

Seketika Bersama. Reunion MRSM Kuala Krai


Pixel Code Graphics



salam..

Sebagai manusia biasa, badan aku juga mempunyai hak, minda aku juga ada haknya dan perasaan aku ada haknya. begitu juga rohani dan jasmaniku yang lain. Hak yang mesti aku tunaikan.

Menjadi sebagai pelajar perubatan hampir 3tahun, kadang-kadang membuatkan aku terlupa untuk menyediakan ruang untuk aku menunaik hak kepada badan, minda dan perasaan ku sendiri.

Dipendekkan cerita, sebanarnya aku cuma nak meluah dan berkongsi cerita tentang hak yang aku yang baru aku tunaikan. Berkumpul dan berkongsi cerita dalam melepaskan rasa rindu terhadap teman-taman daripada sekolah lama (MRSM Kuala Krai) yang jarang-jarang dapat berjumpa.

Perjumpaan ni awalnya telah diatur oleh teman lama merangkap ex-roomate sewaktu di MRSM kuala krai dahulu, faridezul(d-goel) . Terima kasih d-goel atas usaha mengumpulkan semula pelajar2 MRSM kuala krai batch kita. Semuanya amat bernilai dan amat dihargai.

Walaupun tidak ramai teman yang dapat menyertai reunion sambil berbuka puasa bersama kali ini, namun kehadiran beberapa orang teman yang dianggap sahabat lama ini sudah cukup untuk aku melepaskan rasa kehilangan teman suka-duka di zaman awal remaja duhulu.
.
Semua urusniaga ini tidak aku ketahui perlu dilakukan dalam mata wang apa. Bagi aku, duit tidak dapat membeli semua ini, sejarah, kenangan dan kebahagian bersama. Sesungguhnya ketahuilah yang persahabatan kita tiada nilainya. Tidak kesah melabur dan berhabis sedikat wang sewaktu reunion dulu dan akan datang kerana nilai sebuah Persahabatan itu lebih bernilai daripada wang yang dilaburkan.
.
Melihat kebahagian dan kemesraan sewaktu reunion kali ni menggambarkan bahawa jarak geografi tidak dapat memisahkan hati2 kita yang pernah bersatu dulu. Inilah yang perlu aku dan semua teman-teman jaga serta pelihara.

Kadang2 terasa takut sekiranya reunion kali ni berakhir nga sesuatu yang duka. oleh itu, kali ni aku biarkan saja teman2 menceritakan perkembangan masing dan apa sahaja yang mereka rasa nak luahkan. Biarlah aku menjadi teman mendengar yang setia kali ini.

Aku lebih banyak mendengar dari menceritakan. Takut pulak andai kata ku banyak berkata2, bakal mengundang dendam dan menguris hati teman-teman yang lain. dan akhirnya merosakkan hubungan yang nak dijaga ini. sesungguhnya aku kenal macamana mulut aku dan teman2 ini juga kenal.


Pixel Code Graphics


Reunion yang bermula sekitar jam 6 petang dan berakhir jam 3 pagi, memberikan dan membuka kembali beberapa lembaran sejarah yang pernah bersama-sama kami lalui. ingatan kami masih kuat terhadap detik pahit manis bersama termasuklah bersama teman yang telah tiada di dunia ini. Al-fatihah untuk arwah shahdan.

Untuk teman-teman yang masih rohnya dikandung badan, marilah sama-sama kita berjuang untuk akhirat dan dunia.

Jangan biarkan hubngan persahabatan yang kita bina dulu putus dan musnah disebabkan sifat kita sendiri. Jagalah ia, peliharalah ia sebaik-baiknya.


Masa terlalu menghabat kehidupan aku, namun akan aku sentiasa cuba dan mencuba dalam memberi ruang untuk setiap insan bernama teman dan sahabat...

Selama ini Kumencri-cari,

Teman yang sejati,

Buat menemani Perjuangan suci,

Bersyukur kini PadaMu Illahi,

Teman yang dicari Selama ini Telah kutemui.

Dengannya di sisi,

Perjuangan ini Senang diharungi,

Bertambah murni Kasih Illahi,

KepadaMu Allah, Kupanjatkan doa,

Agar berkekalan Kasih sayang kita.

Kepadamu teman,

Ku pohon sokongan, Pengorbanan dan pengertian.

Telah kuungkapkan, Segala-galanya...

KepadaMu Allah, Kupohon restu,

Agar kita kekal bersatu,

Kepadamu teman,

Teruskan perjuangan, Pengorbanan dan kesetiaan.

Telah kuungkapkan Segala-galanya,

Itulah tandanya Kejujuran kita..

Sekian,

salam ingatan tulus ikhlas untuk semua insan bergelar teman mahupun sahabat...

09 September 2008

Renungan Bersama!!!



Salam,

Semoga kisah keikhlasan Abu Bakar, Umar ra dalam urusan pemerintahan dapat dijadikan pedoman dalam hal mentaati pemerintah...

Setelah dipilih oleh sebahagian besar ummat ketika itu Saiyidina Abu Bakar Al-Siddiq pun memberikan ucapannya yang tenkenal yang antana lainnya baginda berkata:

"Wahai sekelian ummat! Aku telah dipilih menjadi pemimpin kamu padahal aku ini bukanlah orang yang terbaik di antara kamu. Sebab itu jika pemenintahanku baik, maka sokonglah, tetapi jika tiada baik, maka perbaikilah.

Orang yang lemah di antara kamu adalah kuat pada sisiku hingga aku harus menolongnya mendapatkan haknya, sedang orang yang kuat di antara kamu adalah lemah pada sisiku, hingga aku harus mengambil hak orang lain yang berada di sisi nya, untuk dikembalikan kepada yang berhak semula.

Patuhilah kepadaku selama aku patuh kepada Allah dan RasulNya. Akan tetapi jika aku mendurhakai Allah, maka kamu sekelian tak harus lagi patuh kepadaku.

Aku dipilih untuk memimpin urusan ini padahal aku enggan menerimanya. Demi Allah aku ingin benar kalau ada di antaramu orang yang cekap untuk urusan ini. Ketahuilah jika kamu meminta kepadaku agar aku berbuat sebagai yang telah dilakukan oleh Rasulullah S.A.W. sungguh aku tidak dapat memperkenankannya, Rasulullah adalah seorang hamba Allah yang dapat kurnia wahyu dari Tuhan, kerana itu baginda terpelihara dari kesalahan-kesalahan , sedang aku ini hanyalah manusia biasa yang tidak ada kelebihannya dari seorangpun juga di antara kamu.

Umar bin al-khattab juga menyampaikan ucapan dasarnya di masjid, beliau berkata:
Wahai manusia! Sesiapa yang melihat aku menyeleweng, perbetulkan aku!

Lalu seoang makmum berkata:
Demi Allah, jika kami melihat kamu menyeleweng, kami akan memperbetulkannya dengan mata pedang kami!

Umar menjawab: Alhamdulillah, syukur kepada Allah yang menjadikan di kalangan rakyat Umar, mereka yang akan membetulkan penyelewengan Umar dengan mata pedangnya. .


KESIMPULANNYA..
ADAKAH PEMIMPIN KITA MASIH MENGAMALKAN SERTA MEMPRAKTIKKAN AGAMA ALLAH..
CONTOHILAH SIFAT KEPIMPINAN PARA SAHABAT RASULULLAH YG BRANI BERKATA BENAR..
OLEH ITU..KITA SEBAGAI UMAT ISLAM MENJADI TUGAS DAN TANGUNGJAWAB MEMILIH PEMIMPIN YG BENAR2 MEMPERJUANGKAN AGAMA ALLAH..
SEKIAN....

"Magical Template" designed by Blogger Buster