15 December 2008

OPKIM '08

salam,

Tarikh: 10-14dis2008
Tempat: Felda kemahang 1
Program: Operasi Khidmat Masyarakat dan anak Angkat
Tema: Bakti Ditabur Budi Disemai
.
.
Alhamdulillah semua yang dirancang berjalan dengan jayanya... nak upload gambar tapi kebanyakan gambar ada nga exco dokumentasi lagi. aku ada sekeping je, waktu tumbangkan lembu....
.
ingat nak upload ucapan aku tapi panjanglah plak. Pantun sahaja pun dah panjang.. jadi aku letak pantun-pantun aku waktu ucapan je lah... hak cipta tidak terpelihara..
.
PANTUN PERASMIAN
.
.
Dari Barat datang ke kemahang,
Singgah sebentar membeli tenggiri,
Kita dagang di rantau orang,
Pandai-pandailah menjaga diri.
.
Kalau ke ladang carilah keladi,
keladi dijual disimpang kemahang,
jadilah kita insan berbudi,
sampai mati dikenag orang.
.
Sudah lama OPKIM dinanti,
Dirancang pula dengan teliti,
berbudi bahasa hormatlah-menghormati,
jadilah kita insan elok perkerti.
.
Masuk Ladang mencari damai,
damai dicari telah dikurnia,
Bakti ditabur Budi disemai,
Gahlah OPKIM di persada Dunia.
.
.
PANTUN PENUTUP
.
Wujudnya kemahang asalnya hutan,
telah diredah segala duri,
ibu bukan ayahpun bukan,
hati tersangkut kerana budi.
.
Hari ini menunggal jagung,
hari esok mencari serai,
hari ini kita sekampung,
hari esok kita bercerai.
.
Asap api embun berderai,
patah galah haluan perahu,
Niat hati tidak mahu bercerai,
kehendak Allah siapa yang tahu,
.
Datang kami tak hujan tiada basah,
Pulang semula di sebelah pagi,
Kita bertemu akhirnya berpisah,
Di izin tuhan bersua lagi.
.
.
.
Terima kasih setinggi-tinggi kepada semua yang terlibat secara lansung mahupun x lansung dalam menjayakan program yang bersejarah ini..

"Magical Template" designed by Blogger Buster