28 November 2009

~Harta dan Sedekah~

Salam Perjuangan dan Selamat Hari Raya Eiduladha untuk mujahid dan mujahidah yang masih lagi sudi berkongsi dan mengisi dada dengan ilmu Allah yang maha luas. Sama-sama kita berdoa agar terus istiqamah memburu syahid di jalanNya.

Sedarlah yang terlalu ramai antara kita yang sentiasa sibuk memikir cara untuk mendapatkan wang dan harta untuk dirinya.. Siang, malam pagi dan petang berhempas pulas minda dan tenaga mencari jalan. Sehingga ingin sahaja dilanggar semua jalan yang berpotensi, walau ia haram atau syubhat. Yang penting dalam mindanya, adalah poketnya semakin tebal.

Malangnya, sangat kurang yang berhempas pulas memikirkan bagaimana untuk menyumbang dan bersedekah. Bukankah memberi ini demi kehiduapan selepas kematian yang terlalu amat panjang masanya. Mulakan berfikir untuknya, sebenarnya untuk kita juga.

Rasulullah s.a.w pernah bertanya kepada para sahabat:
"Tahukah kalian, siapakah yang termasuk dalam golongan orang yang muflis?
Para sahabat menjawab,
"Orang yang muflis di antara kami ialah orang yang tiada wang dan tiada harta benda."
Rasulullah s.a.w bersabda lagi...
"Sebenarnya orang yang muflis daripada kalangan umatku ialah orang yang datang pada hari kiamat membawa pahala solat, puasa dan zakat. Serentak dengan itu juga, dia membawa beban dosa di atas kesalahannya yang suka memaki hamun, menuduh orang yang bukan-bukan, memakan harta orang lain, membunuh dan memukul orang."

Baginda menyambung lagi....
" Maka akan dikembalikan amal kebajikannya, lalu diberikan kepada orang yang teraniaya. Jika habis pahala kebajikannya sebelum selesai membayar kesalahannya, akan diambil kesalahan orang yang dianiaya lalu ditimpa ke atasnya. Kemudian dia akan dihumban ke neraka."

Amat beruntunglah mereka yang keuntungan dan kekayaan mereka di dunia menjadi bekal untuk mereka terus kaya di sana nanti. Dengan kekayaan mereka ini, mereka salurkan ke jalan yang sebetul dan sebaik-baiknya. Tidak dinafikan masih wujud golongan hartawan muslim pemurah seperti ini. Segala puji bagi Allah dan tahniah di atas sumbangan dan sedeqah hartawan yang seperti ini.

Namun demikian, jumlah golongan ini masih belum cukup besar, masih ramai lagi hartawan dan jutawan Muslim yang masih belum dan terlalu berkira-kira untuk menyumbang, kita sewajarnya lebih laju dari hartawan bukan Islam

Kita sewajarnya lebih sedar bahawa menyumbang sama ada melalui zakat yang wajib atau sedeqah yang sunat akan menambah berkat dan rezeki dari Allah swt. Menambah rezeki yang bersifat spiritual. Sabda Nabi s.a.w :-

Tiadalah harta itu berkurang disebabkan oleh sedeqah ( riwayat Muslim)

Jangan ditunggu kita bergelar jutawan atau billionaire untuk bertindak, mulakan dari sekarang secara kecil-kecilan sesuai dengan kemampuan kita.

Juga ingatlah, derma dari seorang yang sikit harta lebih besar ganjarannya dari derma individu yang besar hartanya. Sebuah hadis menyebut :-

Sedeqah yang paling utama adalah menggembirakan fakir dan dikelaurkan dalam keadaan sedikit harta ( Riwayat Ahmad 5/178 ; Tafsir Ibn Kathir, 1/701)

Ikhlaskan niat dan jangan pula ‘kotor mulut' mencela apabila sedeqah yang diberi kelihatan tidak menambah keuntungan duniawi dalam jangka masa yang segera. Menjadi suatu kebimbangan sekiranya ada yang menderma dengan niat yang satu, iaitu untuk mengharapkan untung berganda setelah dimotivasikan oleh para ustaz bahawa bersedeqah boleh menambah keuntungan, lalu apabila tiada pertambahan lalu dicelanya hadis, dicelanya ustaz, disesalinya sedeqah yang pernah di lakukan dahulu sebagai silap dan salah. Ingatlah firman Allah swt :-

"Orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah, kemudian mereka tidak mengiringi apa yang dinafkahkannya itu dengan menyebut-nyebut pemberiannya dan dengan tidak menyakiti (perasaan si penerima), mereka memperoleh pahala di sisi Tuhan mereka. Tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati " (Al-Baqarah : 262)

Lihat dan fahamilah dalam-dalam erti yang tersurat pada ayat ini, setiap pemberian sedeqah mestilah diriingi oleh rasa puas, gembira, tiada khuatir, tiada sedih dan sesal.

Bukankah pakar-pakar motivasi sedunia malah doktor menyatakan, antara faktor yang boleh memberikan kesihatan tubuh, awet muda dan fikiran terfokus adalah KURANG STRESS dan hati yang gembira. Bergembiralah wahai penderma, gembira memberi dan menyumbang sama ada ilmu, harta, masa dan tenaga dengan rela dan redha. Nesacaya kita akan lebih tenang dan tersenyum, prestasi boleh meningkat, idea boleh bercambah.

Jika benar-benar kita langsung tidak mampu walaupun 10 sen, ada sedeqah lain yang mampu kita tunaikan dengan cemerlang tanpa memerlukan wang, iaitu ajaklah orang kepada kebaikan dan laranglah mereka dari kemungkaran. Nabi saw berdialog dengan para sahabat, seperti berikut : -

Nabi berkata : pada setiap muslim tuntutan untuk bersedeqah
Sahabat berkata : Bagaimana jiak tidak mampu?
Nabi jawab : Usahalah dengan kedua tanganmu untuk hasilkan perkara bermanfaat dan bersedqahlah.
Sahabat bertanya : Bagaimana jika masih tidak mampu ?
Nabi menjawab : Carilah orang yang sangat memerlukan bantuan (dan bantulah sama ada dengan tenaga atau ditunjukkan kepada yang mampu)
Sahabat bertanya : Bagaimana jika masih tidak mampu?
Nabi menjawab : Ajaklah orang lakukan perkara kebaikan dan larang mereka dari kemungkaran
Sahabat bertanya lagi : Bagaimana jika masih tidak mampu?
Nabi menjawab : Janganlah kamu lakukan perbuatan buruk, ia juga satu sedeqah ( Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Lalu apa lagi alasan kita sebagai muslim, bersedeqahlah sebelum sampai nyawa di kerongkong.

sumber utama: ustaz zaharuddin.

24 November 2009

~Akhlak Yang Baik Tanda Kuatnya Iman~

Salam Perjuangan...

Dewasa ini, moral-moral kehidupan manusia semakin susut. Kendatipun kita masih angkuh mengaku sebagai seorang muslim yang mengejar syurgaNya dan seorang muslim yang berjuang demi agamaNya, Namun akhlak yang diajar Rasulullah s.a.w tercicir entah kemana.


             Sekadar Gambar Hiasan Takala Hati Merindui Mereka.

"Sesungguhnya aku diutuskan dimuka bumi ini adalah untuk menyempurnakan akhlak" (Hadith Ar-Rasul)

Terbuktilah bahawa tujuan utama Rasulullah diutuskan untuk menghapuskan amalan jahiliyah dengan menggantikan dengan akhlak dan amalan yang berpandukan keislaman dan keimanan. Bukan sekali-kali mengangkat kebudayaan al-quran seiring dengan meningkatnya amalan jahiliyah.

Keimanan merupakan kekuatan yang dapat menjaga manusia daripada melakukan perkara-perkara yang tidak baik. Hanya dengan keimananlah yang dapat membawa kita kepada kemuliaan.
 
Rasullulah s.a.w telah menjelaskan bahawa dengan iman dapat melahirkan akhlak dan budi pekerti yang baik, sebaliknya jika lemahnya iman, maka rosaklah akhlak.
 
Rasulullah s.a.w menyebut:
"Rasa malu dan iman adalah sama, apabila salah satu daripadanya hilang, maka yang lainakan hilang juga" (HR. Al-Hakim dan At-Tabarani)
 
Rasulullah s.a.w bersabda lagi:
"Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah berbicara baik-baik atau diam" (H.R. Bukhari)
 
Semuanya ini hanyalah diperolehi berdasarkan iman yang sempurna, Namun hakikat kini, ramai antara kita yang mempunyai cop islam pada diri dan nama tetapi tidak mengendahkan semua tuntutan-tuntutan untuk berakhlak dengan akhlak yang diajar dan ditinggalkan Rasulullah s.a.w. Malahan ada yang bangga meninggalkan semuanya itu dan mencabar sunnah tersebut.
 

                         Sekadar Gambar Hiasan (Kembara Raya Edisi 2)

Sayangnya lagi, ada antara kita memperlihatkan diri dengan menjaga perintah agama hanya di khalayak ramai, tetapi mereka melakukan perbuatan keji di sebalik umum. Adapun sebahagian kita mencampuradukkan ibadat dan niat yang murni kerana Allah dengan tingkahlaku yang jauh daripada sunnah rasulullah. Ingatlah, Rasulullah s.a.w seringkali memperingati agar tidak mencampuradukkan perbuatan yang 'jahat' dan dengan yang beriman sebagaimana yang pernah didengar dalam suatu dialog antara Rasulullah s.a.w dengan sahabat:
 
"Ya Rasulullah, Si Fulanan terkenal dengan banyaknya melakukan solat, puasa, dan sedekah tetapi dia sering mengganggu tetangganya dengan lidah." Sebagaimana Tanggapan baginda menjawab "Dia masuk Neraka". sahabat membertahu lagi, "Ya Rasulullah, si Fulanan terkenal dengan sedikit sembahnyang, sedikit berpuasa tapi dia bersedekah beberapa potong keju dan tidak mengganggu tetangganya", maka Rasulullah menjawab "Dia akan masuk syurga".

Jawapan Rasulullah s.a.w itu menunjukkan betapa tingginya akhlak yang baik dalam islam. Selain itu amalan sedekah juga memberi banyak manfaat kepada orang lain.(bab sedekah akan diceritakan kemudian).
 
Rasulullah juga mengibaratkan muslim yang baik budi pekertinya seperti berikut:
"Budi pekerti boleh mencairkan dosa seperti air mencairkan gumpalan salju, sedangkan perangai yang buruk merosakkan amal soleh seperti cuka merusakkan madu"
 

                            Sekadar Gambar Hiasan (Kenangan JKM)

Terbukti sudah, Akhlak yang baik adalah pakaian mukmin yang beriman. Sekiranya ada akhlak yang tidak baik dalam diri kita samalah seperti kita melepaskan diri dari agama samalah juga seperti orang yang melepaskan pakaiannya.

Dengan demikian, pengakuan kita sebagai seorang yang beriman hanyalah sekadar pengakuan palsu lagi plastik. Kerana tiada erti islam dan iman tanpa akhlak yang baik.

22 November 2009

~Mujahid Hakiki~



**Orang yang berjihad kerana ALLAH..
jiwanya takkan layu.
jiwanya takkan lesu...jiwanya tak mudah patah lalu goyah...
kerana jalan tarbiyyah yang dia lalui adalah ketaatan kepada ALLAH swt..
seorang pemburu syahid...
dibelakangnya tertegak syariat cinta kepada ALLAH...
takkan senang baginya untuk cair kerana dunia...
sedangkan buruannya adalah hari akhirat..

**biarpun dia seolah2 rasa keseorangan..
biarpun dia terasa seolh2 terlau penat...
biarpun dia terasa seolah2 hilang penyusunan jadual kehidupan..
biarpun dia merasakan seolah2 hilang daya kekuatan..

NAMUN...
ALLAH SWT kuatkan dia dihadapan manusia..
walaupun dia selalu melutut lemah disisi ALLAH..
sujudnya dengan penuh air mata..

**Dia seorang perwira...
pemburu cinta sang Pencipta...
dalam sarang hatinya hanya dipenuhi cinta ILLAHI...
kerana rasa CINTA ILLAHI itulah...
kerana ketaatan kepada NABI SAW itulah...
kerana keyakinan kepada AL-QURAN itulah...
dia memilih jalan perjuangan...
ingin sekali merasa akrab bersama NABI SAW ....
dengan cara mencontohi suka duka perjuangan NABI SAW...

**biarpun dirinya seolah2 tiada riangnya..
tiada normalnya...
tiada rehatnya...
namun apabila bekerja untuk ISLAM...
seolah2 dia cuti sepanjang masa...
seolah2 dia rehat setiap ketika...
kerana apa yang dia lakukan adalah untuk berehatkan di akhirat sana...

**menginfaqkan diri untuk perjuangan ISLAM...
tetap tinggi keyakinan pada ALLAH...
tetap positif membina kekuatan..
walaupun getir hidup hanya dikongsi dengan TUHAN...

**YA ALLAH...
KUATKAN AKU DAN SAHABAT-SAHABATKU...
ILHAMKANLAH PETUNJUKMU KEPADANYA...
AMPUNILAH JUA DOSA-DOSA...

21 November 2009

~Munajat Hamba~



" Ya Allah, letakkanlah dunia ini di tapak tangan ku tapi bukan di hati ku"



" Ya Allah, janganlah KAU uji aku dengan sesuatu yang tak mampu aku tempuhi, dan andainya KAU berikan aku ujian, maka kepilkan bersama ujian itu kekuatan untuk ku tempuhinya"



" Ya Allah, jadikanlah daku manusia yang bermanafaat kepada manusia yang lain"

"Magical Template" designed by Blogger Buster